- Mon- Fri: 9am-5pm
- primapest@gmail .com
PRIMA PEST Control & Services
Mengawal, merawat dan mencegah serangan serangga dari harta benda anda. Haiwan pemusnah seperti Anai-Anai, Semut, Lipas, Nyamuk, Tikus, dan Kelawar.
Hubungi kami hari ini untuk nasihat percuma
Jaminan bebas dari serangan berulang dalam 3 bulan
Menjawab soalan anda dengan pantas

Siapa Kami
(Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Bertaraf Bumiputra)
Cawangan Utama
1. Pejabat Kuantan :
No 87 Tingkat 1, Jalan Abdul Aziz ,25000 Kuantan, Pahang
2. No 36 Taman Meraka, 73200 Gemencheh Negeri Sembilan
3. Lot 618 Kg Kuala Bekah, 20050 Kuala Terengganu
4. No 22-1 Jalan D1 2/1, Taman Duyong Indah 2, 75460 Melaka
5. No 28c 2nd Floor, Jalan Suarasa 8/4, Town Park 1,Lake Valley 43200 Cheras, Selangor
Memberikan penyelesaian terbaik untuk anda.

Fogging nyamuk, semburan abate jentik-jentik, racun jentik-jentik

Pemeriksaan tikus, Umpan beracun, Perangkap dan lain-lain


Semburan bahan kimia pada kawasan yang terlibat

Semburan bahan kimia pada kawasan yang terlibat
Utama /
Anai-anai

Rawatan Pemulihan Tanah (Corrective Slab Treatment)
Satu kaedah rawatan struktur bangunan yang sudah siap di bina dan akan di lakukan untuk membasmi anai-anai dalam dan luar bangunan/kediaman.
Kaedah tebukan akan di lakukan di sepanjang laluan lantai tepi dinding dengan jarak antara 1 ½ hingga 2 kaki setiap lubang dengan kedalaman lubang 18 inci.
Suntikan bahan kimia yang sudah siap di bancuh akan di masukkan ke dalam lubang tersebut dengan kadar 5 liter setiap lubang.
Setiap lubang akan di tampal kembali dengan simen mengikut kesesuaian warna lantai.

Rawatan Pemulihan Tanah (Anti Termite Soil Treatment) Satu kaedah rawatan struktur bangunan yang akan/sedang di bina.
Kaedah semburan dengan mengunakan mesin bertekanan tinggi akan di lakukan semasa kerja-kerja:


Sistem Umpanan Anai-anai mempunyai 2 kaedah Langkah Kawalan ,
Sistem Umpanan adalah bersifat tidak Toksid yang mengambil peluang atas sifat anai-anai itu sendiri yang akan mencari punca sumber makanannya di sekitar Bangunan atau Rumah Kediaman
Sistem umpan akan merencatkan proses tumbesaran anai-anai dan seterusnya anai-anai akan dengan sendiri nya terbantut dan populasi dalam sarang akan terganggu seterusnya akan menyebabkan semua koloni anai-anai akan mati kerana tiada punca makanan .

Beberapa faktor perlu diambil sebelum pemasangan di lakukan,antaranya adalah
1. Tidak merosakkan struktur bangunan -Hanya perlu diletakkan dilokasi aktif anai-anai
2. Selamat kerana system Umpanan anai-anai tiada semburan bahan kimia dan pengunaan bahan kimia yang diletakkan di dalam sistem kotak Umpanan yang di lekatkan dengan baik serta tidak boleh di buka dengan mudah oleh kanak-kanak .
3. Satu kaedah rawatan anai-anai yang Fleksibel kerana setiap laluan anai-anai dapat di pasang dan di pantau dari semasa ke semasa
Mengikut kajian oleh pengeluar,kadar kemusnahan anai-anai dapat di kawal bermula dari Empat minggu hingga ke Lapan minggu

Utama /
Serangga Umum
Semburan yang sistematik akan dilakukan dan bahan kimia akan meninggalkan kesan yang tahan lama. Laluan semut dan sarang pembiakan akan dimusnahkan, semut akan mengambil masa yang agak lama untuk membina sarang yang baru. Dengan kaedah ini semut dapat dikawal ke tahap maksimum.

Pembiakan lipas akan dapat dikawal dengan melakukan semburan bahan kimia di kawasan yang menjadi tempat persembunyian lipas seperti stor, bilik riser, pump room, tangga, “public area”, tandas dan sebagainya.Untuk kawalan di restoran/dapur terdapat sepsis lipas ‘German Cocroaches’ yang bersaiz kecil dan terdapat di celah-celah rekahan dinding atau tempat tersembunyi seperti bawah kabinet,dapur langkah pencegahan lebih terperinci diperlukan
Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tahap serangan. Antara kaedah yang lazim digunakan ialah dengan menggunakan umpan beracun. Umpan ini diletakkan di dalam bekas khas dan akan ditukar dari masa ke semasa untuk memastikan kesegaran dan kegemaran tikus. Ia juga akan diletakkan di tempat yang bersesuaian dan dapat membunuh tikus secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh kloni tikus yang lain. Jika tahap serangan adalah tinggi maka kaedah yang lain akan digunakan seperti debu gel, perangkap, gam dan sebagainya

Semburan bahan kimia/Abate akan dilakukan pada tempat-tempat air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Semburan (fogging) yang sistematik adalah kaedah untuk menghapuskan nyamuk dewasa yang berterbangan sahaja dan biasanya dijalankan pada waktu petang dan awal pagi kerana populasinya tinggi pada waktu tersebut. Semburan disekeliling kawasan bangunan dan kawasan yang disyaki meninggalkan kesan tahan. Tempat pembiakan akan dimusnahkan dengan meletakkan racun “Baytex” di kawasan yang dikenalpasti tempat pembiakan nyamuk. Disarankan semburan dilakukan secara berkala iaitu sebulan sekali kerana pembiakan nyamuk/jentik-jentik sangat cepat iaitu sekitar 2 minggu. Semburan dibahagian luar bangunan juga terdedah pada cuaca seperti hujan, ini menyebabkan bahan kimia yang terdapat pada dinding bangunan atau pokok akan cepat hilang. Dengan kaedah ini nyamuk akan dapat dikawal ke tahap minima.
Utama /
Jenis Penyakit, Kaedah Jangkitan, Tempat Berisiko Permukaan/ Peralatan Berisiko


Titisan pernafasan, sentuhan permukaan tercemar Tempat yang sesak, sempit dan tertutup (confined) seperti di tempat kerja, premis perniagaan dan restoran Pemegang/tombol pintu, butang lif, pemegang troli/tangga, kaunter kerja, meja makan

Sentuhan permukaan tercemar Taska, pusat permainan kanak-kanak Botol susu, meja, kerusi, alat permainan
Utama /
Kelawar


Setelah semua kerja-kerja pembersihan selesai, semburan bahan kimia akan dilakukan untuk menghalau, mencegah serangan semula serta menghapuskan serangan seperti hama, pijat, dan sisi-sisa toksid daripada najis kelawar.

Pemasangan jaring dan dawai akan dilakukan di setiap laluan masuk kelawar seperti di sekeliling lubang-lubang atap dan lubang angin. Tujuan adalah untuk menghalang dan mencegah kelawar atau burung dari kembali memasuki bumbung. Kaedah ini didapati berkesan untuk jangka panjang
Telefon atau Whatsapp
Atau isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda dalam 24jam.

PRIMA PEST CONTROL & SERVICES (CA 0056979-V)
(Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Bertaraf Bumiputra)
011-27699872 En Azlan
011-3650 5201 Azizi
primapest@gmail .com
Pejabat Kuantan :
No 87 Tingkat 1, Jalan Abdul Aziz ,25000 Kuantan, Pahang
1. No 36 Taman Meraka, 73200 Gemencheh Negeri Sembilan
2. Lot 618 Kg Kuala Bekah, 20050 Kuala Terengganu
3. No 22-1 Jalan D1 2/1, Taman Duyong Indah 2, 75460 Melaka
4. No 28c 2nd Floor, Jalan Suarasa 8/4, Town Park 1,Lake Valley 43200 Cheras, Selangor
Copyright © Prima Pest 2023. All rights reserved. Designed by alfatihstudio.com